Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

karangan tentang hari sukan

  Pada 14 Mac 2010 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang kesepuluh. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

     Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Bendera rumah sukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

      Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin.Pada pukul 8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka.

       Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada pukul 8.10 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu  Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabit hormat dan seterusnya merasmikan sukan  tersebut.

       Selepas  upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul 10.00 pagi.

       Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan.Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Sebelum bersurai pada pukul 12.30 tengah hari, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang diadakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,                                                                                                      16 Mac 2010

.............................................................. 
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

10 ulasan: